Searching...
Thursday, 24 September 2015
20:04 0

Semoga Nabil Ahmad tabah di Mina Mekah, apa yang berlaku ada hikmahnya


Pelawak Nabil Ahmad memberitahu dia dalam keadaan selamat sewaktu berlakunya insiden rempuhan sewaktu jutaan umat Islam menunaikan ibadah melontar Jamrah di Mina.

Menurut Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil bin Ahmad, dia hanya akan bertolak ke Mina pada jam 3 petang dan turut terkejut dengan insiden rempuhan yang setakat ini telah mengorbankan 717 jemaah haji yang terdiri dari berbilang bangsa.

“Allhamdulillah ... Saya okay kat sini (Masjidil Haram). Dapat tahu perkara ini pun menerusi berita yang disiarkan. Apabila berita insiden rempuhan di Mina berlaku, saya agak terkejut dan turut terima banyak WhatsApp daripada ahli keluarga.

“Malah rakan-rakan artis seperti Abang Afdlin Shauki dan Pak Nil pun turut bertanyakan khabar dan keadaan saya sekarang macam mana,”jawab Nabil sewaktu dihubungi Astro Gempak.

Jelas Nabil lagi, pihak pengurusan haji Malaysia telah pun membuat taklimat ringkas mengenai keselamatan dan persediaan jemaah untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingingi berulang lagi.

“Taklimat ringkas telahpun dibuat untuk para jemaah haji dari Malaysia sebagai langkah-langkah keselamatan. Kami diminta untuk jalan secara berkumpulan dan berhati-hati. Itu sahaja,” ujar Nabil.

Nabil Ahmad bertolak ke Tanah Suci Mekah pada 19 September yang lalu dan dijangka tiba ke tanah air pada 1 Oktober ini.

Menerusi akaun Twitter milik Jabatan Pertahanan Awam Saudi melaporkan jumlah korban telah meningkat ke 717 orang dan 863 mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30pagi (waktu Arab Saudi).


0 comments:

Post a Comment