Searching...
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Wednesday, 3 February 2016
01:58 0

Masih ingat wajah anak lelaki Sasha Saidin yang dulunya kelihatan mirip seperti Cristiano Ronaldo, inilah 7 foto bentuk wajah terbarunya selepas 2 bulan berlalu yang amat tidak disangka-sangka


Mohon jangan terkejut tengok 7 foto terbaru anak lelaki Sasha di SINI.

Monday, 25 January 2016
03:45 0

Masih ingat Al-Ghazali anak teruna Ahmad Dhani, inilah video dan 4 foto terbarunya sedang bercinta dengan anak perempuan Menteri Malaysia


Selanjutnya video dan 4 foto terbaru Al-Ghazali di SINI.

Saturday, 23 January 2016
16:16 0

Tubuh Badan Agnes Monica Semakin Parah! Lihat saja 7 foto dan video terbaru Agnes Monica yang amat menyakitkan mata dan sangat aneh sekali


Tubuh Badan Agnes Monica Semakin Parah! Lihat saja 7 foto dan video terbaru Agnes Monica yang amat menyakitkan mata dan sangat aneh sekali.

Selanjutnya 7 foto di SINI.

Monday, 18 January 2016
17:14 0

Ingat lagi bentuk badan Jasmin Hamid yang amat menggiurkan, tapi cuba lihat 2 foto wajah terbarunya tanpa make-up amat memeranjatkan


Ingat lagi bentuk badan Jasmin Hamid yang amat menggiurkan, tapi cuba lihat 2 foto wajah terbarunya tanpa make-up amat memeranjatkan.

Saksikan 2 foto terbaru Jasmin tanpa mekap di SINI.

17:04 0

Masih ingat artis terseksi Malaysia Putri Mardiana yang 2 kali ditangkap khalwat tahun lalu dengan suami orang, inilah 7 foto wajah terbarunya


Lihat 7 foto terkini Putri Mardiana di SINI.

Jika link bermasalah, sila tekan ini : 7 Gambar terdedah Putri Mardiana.

16:53 0

9 Foto terbaru Rianti Cartwright, pelakon filem Ayat-Ayat Cinta setelah 6 tahun murtad dari Islam


Lihat 9 foto terbaru Rianti Cartwright di SINI.

Monday, 11 January 2016
21:17 0

Masih ingat perut Syahrini yang dipenuhi tato dulu, inilah yang terjadi kepada tubuh Syahrini setelah tato itu dibuang dari perutnya


Masih ingat perut Syahrini yang dipenuhi tato dulu, inilah yang terjadi kepada tubuh Syahrini setelah tato itu dibuang dari perutnya... BACA SELANJUTNYA

Monday, 23 November 2015
00:33 0

GEMPAR! Cuba perhatikan betul-betul apa yang tiba-tiba muncul ketika Farahdhiya mempersembahkan lagu di Gegar Vaganza 2 Minggu 6


Dari belakang tabir.

Peminat GegarVaganza 2 semalam, dikejutkan sekali lagi dengan penyingkiran Nizam Laksamana. Rata-rata ramai peminat yang tidak puas hati dengan keputusan itu kerana mereka yakin ada peserta lain yang lebih patut tersingkir.

Apa pun, kami tertarik untuk berkongsi video persembahan Farahdhiya semalam. Sebagai penonton di rumah, jarang-jarang kita melihat aksi seperti ini. Cuba anda perhatikan betul-betul. Apa yang tidak kena?

Dalam ramai-ramai komen yang memuji persembahan Farahdhiya semalam, ada juga peminat yang menegur ‘cameraman’ yang sedang lalu lalang menjalankan tugas.

Hebat sungguh seorang cameraman. Siapa sangka begitu besar camera yang dipikul oleh mereka demi memastikan peminat dapat menyaksikan rancangan tersebut di rumah kan?

Sumber: Beritasempoi

Thursday, 19 November 2015
21:49 0

Masih ingat wajah paling comel Sonam anak dara Anil Kapoor pada umur 9 tahun dulu, namun setelah membesar jadi dewasa pada usia 30 tahun inilah 8 foto penampilan terbarunya yang betul-betul menyakitkan mata


Meski bukan kali pertama, namun foto-foto terbaru Sonam Kapoor yang mengumbar keseksian tubuhnya membuat heboh di Bollwood.

Sonam Kapoor kembali menjadi sampul majalah dengan pose-pose aduhai. Kali ini, putri dari aktor ternama Bollywood, Anil Kapoor tersebut berpose untuk majalah terbitan Hong Kong, Prestige edisi Juni.

Dalam majalah tersebut, artis kelahiran 9 Juni 1985 itu tampil mengenakan baju tanpa lengan bewarna biru. Pakaian yang dikenakan Sonam tak cukup sopan sebenarnya, namun baju tersebut terlalu mengumbar bagian dada bintang film Khoobsurat tersebut.

Di pose lainnya, Sonam mengenakan baju dengan model hampir sama dengan baju sebelumnya. Namun baju ini lebih mengumbar bagian ada Sonam. Di foto ini, Sonam berpose ke arah samping sehingga memperlihatkan belahan dadanya.

Meski tak terlalu vulgar, namun foto-foto Sonam di majalah Prestige ini cukup ramai menjadi pemberitaan di sejumlah media di India.

Penampilan berani Sonam untuk sebuah majalah sebenarnya bukan kali ini saja terjadi. Beberapa kali, bintang film Bombay Talkies ini tampil hot untuk sejumlah majalah ternama seperi Maxim, GQ, Marie Clair dan Vouge. Di majalah tersebut, Sonam tampil dengan baju-baju dan pose yang berani.

Sonam Kapoor merupakan artis pendatang baru yang tengah naik daun. Ia lahir dari keluarga film dan ayahnya, Anil Kapoor adalah seorang aktor ternama Bollywood.

Sonam telah memainkan 11 judul film dan tengah sibuk menjalani jadwal syuting hingga tahun 2016. Sonam memulai debutnya dalam film Saawariya dan memainkan sejumlah film yang semakin melambungkan namanya seperti I Hate Luv Storys, Aisha, Thank You, Mausam, Players Raanjhanaa dll.

Sumber: Showbiz









Sunday, 15 November 2015
19:21 0

Masih ingat wajah anak lelaki Sasha Saidin yang dulunya kelihatan mirip seperti Cristiano Ronaldo, inilah 7 foto bentuk wajah terbarunya selepas 2 bulan berlalu yang amat tidak disangka-sangka

Diam tak diam, umur anak lelaki tunggal penyanyi dan pelakon Sasha Saidin, Adam Aryasenna Notosoemarsono sudah memasuki usia enam tahun. Melihat kemaskini laman Instagram Sasha, bekas anggota kumpulan Elite itu telah membawa anaknya melancong ke Singapura sempena dengan hari lahirnya baru-baru ini.

Wah! Semakin lama makin kacak dan comel pula Murai Batu tengok anak Sasha. Mana taknya, anak darah kacukan. Sasha mempunyai darah Melayu dan Inggeris manakala bekas suami Sasha, Salyo Priyanto Notosoemarsono pula berasal dari Indonesia.

Murai Baru pasti satu hari nanti anak lelaki Sasha membesar dengan tampan dan menjadi kegilaan ramai anak gadis di luar sana. Mungkin anak bujang Sasha juga boleh melibatkan diri dalam dunia peragaan apabila dia dewasa kelak.
Selain itu, Murai Batu mendapat perkhabaran yang Sasha sudah mendapat hak penjagaan penuh Adam baru-baru ini. Murai Batu sendiri kagum melihat usaha Sasha yang membesarkan anak bujangnya secara bersendirian. Memegang status ibu tunggal, Sasha nampaknya gigih mencari rezeki untuk membesarkan anak bujangnya.

Murai Batu doakan Sasha agar dia dilimpahi rezeki untuk dia selesa membesarkan anak bujangnya dan semoga Sasha segera bertemu dengan lelaki yang baik untuk dia menamatkan zaman solonya, Insya-Allah.






06:52 0

MAK AIK! Isu bersuami muda berumur 34 tahun, inilah pengakuan paling mengejutkan Sheeda yang pasti buat ramai lelaki muda bergetar tulang rusuk


Ramai yang terkejut baru-baru ini dalam program Gegar Vaganza apabila Rashidah Hamid, 51, atau nama komersialnya Sheeda Dangdut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat suaminya, Sukri Hashim yang ke 30.

Bercakap dengan suami Sheeda, sebenarnya dia berumur 34 tahun pada tahun ini.

"Biasalah atas pentas, masa tu mungkin nak sebut 30-an tetapi tak terkeluar," ujar Sukri ringkas.

Pun begitu, sesuatu yang menarik hendak diperkatakan adalah diam tak diam sudah hampir 10 tahun Sheeda berkahwin dengan suaminya ini yang jarak umur antara mereka adalah 17 tahun.

"Alhamdulilah, kehidupan bersuami muda adalah seperti orang lain juga sebab suami tak pernah bayangkan yang dia muda, tak pernah cakap fasal umur, semua itu tak berlaku dalam hidup. Dalam perkahwinan, saya amalkan respek, hormat dan tidak memperlekehkan sebab saya pandang dia sebagai suami. Itu cara yang saya pupuk dari awal perkahwinan.

"Jika dulu anak-anak tak setuju tetapi sekarang dah boleh terima sebab mereka tahu, suami boleh jaga saya. Janjinya jaga saya sampai akhir hayat. Itu katanya," ujar Sheeda tentang rahsia perkahwinannya.

Sheeda turut memberitahu bahawa walau apa pun berlaku, walau dicemuh, suaminya itu akan sentiasa bersama.

"Saya tahu dia yang lebih tertekan sebab saya tak baca komen-komen di sosial media tetapi suami yang baca. Jadi dia yang lebih menerima tekanan sebenarnya. Syukur dan terima kasih Allah kerana berikan dia sebagai suami," ucap Sheeda lagi.

Sumber: Mediahiburan

06:38 0

AKHIRNYA! Siti Nurhaliza sah hamil 8 minggu, inilah 6 pantang bagi ibu mengandung yang harus diamalkan Siti


Kecoh seketika dunia hiburan apabila mengetahui penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza mengandung setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Kandungannya kini dikatakan dalam usia dua bulan.

Kehamilan Siti Nurhaliza menjadi bualan pada malam pertama konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya pada 7 November lalu. Ini kerana penyanyi Hetty Koes Endang bergurau dan melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut penyanyi berkenaan. Sebelum ini juga Siti pernah memuat turun gambar kurma dan susu di instagram milik peribadinya yang sinonim dengan keadaan wanita mengandung.

Bagaimanapun baik Siti mahupun suaminya mengambil pendirian untuk tidak menafikan atau mengiyakan perkara ini atas sebab-sebab tertentu. Jadi sama-sama kita nantikan berita baik ini dikongsikan sendiri oleh penyanyi kesayangan ramai ini.

Media Hiburan Online kongsikan beberapa pantang larang buat wanita yang kandungannya masih baru, bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

1. Hindari Aktiviti Berat

Wanita yang hamil mudah berasa penat dan lelah sehingga boleh menyebabkan pengsan kerana berlakunya darah rendah. Jadi elakkan dari melakukan aktiviti berat, duduk atau berdiri terlalu lama. Pastikan anda memiliki waktu rehat yang cukup.

2. Kendalikan Emosi

Saat hamil, wanita lebih mudah emosi kerana ketidak stabilan hormon yang semestinya mempengaruhi kandungan. Wanita hami perlu sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

3. Elakkan Percutian

Jangan melancong di kawasan jauh sewaktu usia kandungan masih awal kerana takut rahim lemah dan tidak dapat menahan dari keguguran.

4. Kegiatan Sauna

Suhu yang terlalu panas akan menganggu perkembangan janin terutama perkembangan otak. Walaupun iainya mampu membuat wanita hamil menjadi tenang dan kurang tekanan, tetapi risiko keguguran boleh berlaku.

5. Pemakanan

Elakkan makan nenas kerana tajam terutama di awal kandungan kerana boleh mengakibatkan keguguran. Selain itu pucuk atau ulam yang melarat atas tanah juga perlu dielakkan kerana takut uri melekat di dalam rahim sewaktu bersalin. Jangan minum ais kerana akan melemahkan anggota badan.

6. Memelihara Binatang Peliharaan

Kotoran dari binatang seperti kucing,anjing dan sebagainya boleh menimbulkan virus toksoplasma. Virus ini akan masuk ke dalam janin dan mengakibatkan pertumbuhan janin terganggu.

Sumber: Mediahiburan

Friday, 13 November 2015
00:55 0

Inilah respon dan kata-kata dari Siti Nurhaliza sendiri buat pertama kali sejak isu kehamilannya menjadi viral paling sensasi dan trending sepanjang minggu ini di laman sosial


"Perkara baik doakan saja yang baik-baik. Jika sampai masanya, saya akan beritahu sendiri. Tak perlu dengar daripada sumber," kata penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, 36, mengenai spekulasi mengatakan dia kini hamil dua bulan.

Berita kononnya Siti hamil tersebar selepas penyanyi lagu Jaga Dia Untukku itu memuat naik gambar susu kambing dan kurma di akaun Instagram miliknya, Ahad lalu.

Tindakan Siti dan suaminya Datuk K yang tidak mengesah dan tidak menafikan berita itu turut menguatkan dakwaan bahawa penyanyi itu sebenarnya,hamil.

"Apa yang dikeluarkan adalah komen daripada sumber terdekat. Kalau daripada saya sendiri, tunggulah waktu yang sesuai,” katanya.

Sumber: Harian Metro

00:45 1

TERBELIAK MATA! 3 Foto terbaru paling Hot Siti Nurhaliza setelah disahkan hamil 2 bulan yang kelihatan amat berseri-seri


Setelah berteka-teki dengan pelbagai andaian dan spekulasi mengenai berita kehamilan penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza kini telah sah lah bahawa beliau sedang berbadan dua.

Usia kan­dungan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 36, kini sudah memasuki bulan kedua. Jika semuanya berjalan dengan baik dan rezeki menyebelahi, pe­nyanyi bergelar ‘si jantung hati Malaysia’ itu dijangka bersalin sekitar Jun atau Julai 2016.

“Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu,” jelas sumber kepada Utusan Malaysia.

Seluruh keluarga terdekat me­ngetahui akan berita kehamilan itu beberapa hari sebelum majlis akad nikah anak tiri Siti, Asyraf Khalid yang berlangsung pada 1 November lalu.

Bercakap tentang pilihan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa untuk tidak terlalu terbuka akan soal kehamilan ini, sumber berkenaan memberitahu ia adalah satu tindakan yang dibuat atas soal berkaitan sensitiviti.

Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil.

Selain itu, Siti Nurhaliza juga tidak terbang ke Palembang, Indonesia bagi meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung di sebelah pihak perempuan, malam ini.

Ia juga adalah atas nasihat doktor supaya penyanyi berkenaan tidak menaiki penerbangan dalam waktu awal kehamilannya.

"Susu Kambing + Kurma.. Selamat Pagi" - Siti Nurhaliza

Spekulasi kehamilan Siti Nur­haliza tercetus apabila Siti memuatnaik gambar segelas susu kambing dan kurma di laman instagramnya dan ditambah juga reaksi spontan penyanyi Hetty Koes Endang secara tiba-tiba melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut pe­nyanyi berkenaan semasa mengadakan persembahan di Konsert Satu Suara baru-baru ini.

Siti Nurhaliza mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan terkenal Dato' Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Sumber: Ohmedia




00:01 2

SEMAKIN PANAS! Kini giliran Rohana Jalil pula lontar komen kontroversi kritikan panas Dato' M.Nasir ke atas Sheeda

"Sebagai penyanyi profesional, Sheeda harus terima kenyataan dan kritikan dengan hati terbuka. Tak ada gunanya kita 'sentap' kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan," demikian komen penyanyi Rohana Jalil mengenai kontroversi kritikan panas Dato' M.Nasir dalam Gegar Vaganza 2 baru-baru ini.

Tambah Rohana, pemilihan lagu yang tidak sesuai dengan Sheeda juga menjadi punca penyanyi itu tersingkir daripada GV2. Ia tiada kena mengena dengan komen juri kerana lagu tersebut kebiasaannya dipilih sendiri oleh peserta sebelum pertandingan. 


"Bagi saya, tak perlulah nak minta M.Nasir mohon maaf atau sebagainya. Dekat luar sana, bukan semua orang sukakan kita. Jika kita buat begitu, nanti kita yang akan kena balik. Anak beranak kena! 

"Kena terima hakikat sebab kita sudah masuk pertandingan sebegitu. Tambahan pula kita dah berusia dan kena terima apapun kritikan," tambahnya. 


Sementara itu, berlainan dengan Rohana, Jaafar Onn yang mengakui tidak lama lagi bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang janda tidak bersetuju dengan kritikan juri terhadap Sheeda itu. 

"Its to much!

"Semua yang menyanyi tu adalah rakan-rakan kita sendiri. Jadi, jangan jatuhkan maruah seseorang itu kerana ia adalah berdosa," kata Jaafar.

Namun begitu, dia turut bersetuju lagu yang dinyanyikan oleh Sheeda tidak sesuai pada malam itu.


Untuk rekod, kontroversi tercetus baru-baru ini apabila M.Nasir memberi komen "Putera mencari 'princess' tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak 'princess'" dalam GV2 di mana Sheeda kemudiannya tersingkir malam itu.

Sehubungan itu, anak Sheeda iaitu Bienda meminta M Nasir memohon maaf kepada ibunya kerana didakwa telah mengaibkannya dengan komen tersebut yang dianggap keterlaluan dan kurang ajar.


Bagaimanapun, M.Nasir dalam maklum balasnya terhadap tuntutan Bienda berkata, sebagai seorang juri, menjadi salah satu tanggungjawabnya untuk memberi komen yang jujur agar dapat lagi memperbaiki segala kekurangan.

"Kita manusia memang tidak pernah sempurna, namum kalau kesalahan yang jelas di mata awam, apakah kami sebagai juri terpaksa menafikan dan memberikan pujian. Bukakah ini akan dikatakan hipokrit," katanya.

Sumber: Myartis

Thursday, 12 November 2015
05:19 0

Mulut Nabil Semakin Tak Terkawal! Sekarang hina pakaian Adira di Minggu ke-4 Gegar Vaganza pula, namun inilah respon balas Adira buat Nabil yang paling PEDAS hingga menusuk di hati...Ambik ko Nabil


KUALA LUMPUR: Penyanyi Adira menjelaskan beliau tidak tersinggung dengan jenaka pengacara program Gegar Vaganza musim kedua, Nabil Ahmad membuat lawak dengan pakaian yang digayakannya ketika hadir sebagai penyanyi jemputan Ahad lalu.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, menganggap lawak Nabil yang mempersenda busana yang dipakai kelihatan seperti jubah konvokesyen sekadar bahan jenaka bagi memeriahkan lagi program itu.

"Bagi saya, biasalah usik mengusik bagi memeriahkan lagi suasana. Saya maklum dengan tugas Nabil selaku pengacara dan beliau juga dikenali sebagai pelawak popular.

"Saya tidak terasa hati kerana sememangnya saya menyukai baju yang digayakan pada malam itu. Setiap individu mempunyai cita rasa dan pendapat tersendiri.


"Namun dalam masa sama, saya juga ingin menjaga sensitiviti pereka fesyen yang membuat baju itu. Secara peribadi, saya tidak tersinggung atau terasa hati," katanya kepada BH Online.

Naib Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu hadir memeriahkan program Gegar Vaganza 2 sebagai penyanyi jemputan menyampaikan lagu Disebalik Rahsia Cinta bersama penyanyi Ezad Lazim.


Dalam perkembangan terkini, gadis kelahiran Sabah itu berkongsi bakal ke Lombok, Indonesia dalam masa terdekat untuk menjalani penggambaran klip video single terbaharunya berjudul Kekasih Teragung.

Sumber: Lamansyok

01:33 0

Korang masih ingat Maziah Musa, Ibu Nazeera yang dituduh memalsukan sijil nikah 2 tahun lepas, inilah perkembangan terkini Maziah yang pasti mengejutkan ramai peminat Netizen


Mahkamah Majistret di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan ibu pelakon Ummi Nazeera daripada pertuduhan memberi keterangan palsu ketika menjadi saksi pendakwaan kedua di Mahkamah Sesyen, dua tahun lepas. 

Majistret Saifulakmal Said membuat keputusan itu terhadap Datuk Maziah Musa, 51, seorang ahli perniagaan, selepas peguam Hanif Abdul Rahman mewakili tertuduh memaklumkan bahawa representasi yang dikemukakan pembelaan berhubung pertuduhan itu diterima pihak pendakwaan. 

"Peguam membuat representasi supaya pertuduhan terhadap anak guamnya ditarik balik dan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu, tetapi mahkamah hari ini membuat keputusan untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh," katanya. 

Mahkamah juga memerintahkan supaya wang jaminan RM2,500 dikembalikan kepada penjamin. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhd Faizal. 


Ummi Nazeera yang membintangi drama bersiri popular, Nur Kasih dan filem Hikayat Merong Mahawangsa turut hadir di mahkamah hari ini yang ditetapkan untuk sebutan kes ibunya itu. 

Pada 7 Oktober lepas, Maziah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi keterangan palsu semasa pemeriksaan balas ketika perbicaraan kes jenayah di hadapan Hakim Norsharidah Awang di Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Jalan Duta, di sini, jam 11.43 pagi, 25 November 2013. 


Tertuduh didakwa memberi keterangan palsu dengan menyatakan dia tidak pernah berkahwin semula dengan bekas suaminya Datuk Zainulabidin Mat Akhir, 64, seorang usahawan, atau berkahwin lain dengan mana-mana individu setelah berpisah dengan lelaki itu, yang mana dia tahu kenyataan itu adalah palsu. 

Dia didakwa di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

Wednesday, 11 November 2015
07:24 0

Masih ingat Al Ghazali anak teruna Ahmad Dhani, inilah video dan 4 foto terbarunya sedang bercinta dengan anak perempuan Menteri Malaysia


MEDIA Indonesia kini sedang heboh dengan berita percintaan anak penyanyi dan komposer terkenal negara itu, Ahmad Dhani dengan anak perempuan seorang menteri kabinet Malaysia.

Anak teruna Ahmad Dhani yang bernama Al Ghazali, dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan anak Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tengku Nadira Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.


Perkhabaran itu diperkuatkan lagi dengan kelibat keduanya yang hadir berpegangan tangan dalam sebuah majlis anugerah, baru-baru ini.

Kedua-duanya juga dikatakan tidak menafikan mereka sedang rapat.

Tengku Nadira merupakan anak bongsu Tengku Adnan dengan isterinya, Enny Beatrice yang merupakan seorang pelakon yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia.

Tengku Nadira juga terkenal sebagai penyanyi di negara seberang.

Sumber: Cakapmalas




01:51 0

Akhirnya Terbongkar! Ini cerita sebenar Shenty Feliziana dipukul teruk oleh Syazwan Zulkifli hinga cedera di muka?


Siapa sangka, perbincangan yang pada mulanya adalah untuk berbincang mengenai arah tuju hubungan mereka, akhirnya wartawan penyiaran dan juga hos program HLive di Astro, Shenty Feliziana dipukul oleh seorang pelakon yang sebelum ini pernah menyatakan rasa rindunya kepada Shenty setelah kejadian tersebut berlaku.

“Benar, dia sudah mengasari saya. Pada awalnya, kami hanya nak berbincang mengenai lanjutan hubungan kami. Saya rasa perbalahan antara kami jadi agak tertekan… dan ketika itulah dia mula naik tangan. Cukup setakat itu yang saya boleh kongsikan,” jelas Shenty kepada BH Online.


Shenty kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Balai Polis di Kuang, Selangor pada 27 Oktober lalu atas faktor keselamatan diri pada hari kejadian.

“Pada hari kejadian, saya memang mengambil masa yang lama di balai polis untuk membuat laporan polis. Ketika itu saya ditemani rakan setugas. Oleh kerana memikirkan saya sendirian di Kuala Lumpur tanpa keluarga, saya nekad membuat laporan polis”

“Keputusan menarik balik laporan polis itu kerana beberapa sebab, termasuk hal kesihatan membabitkan bapa beliau (pelakon berkenaan) yang menghidap sakit jantung. Saya dan keluarga tidak sanggup menyusahkan keluarganya. Keluarga saya sendiri memahami apa yang dirasai keluarga mereka”

“Jadi apa yang terjadi ini, biarlah Tuhan sahaja yang membalas. Saya dan keluarga sudah memaafkan perbuatannya. Dengan apa yang terjadi, saya berharap tidak akan dikaitkan lagi dengan pelakon itu,” kata Shenty yang mula mengenali pelakon lelaki berkenaan pada Disember tahun lalu.

Sumber: Rotikaya