Searching...
Thursday, 12 November 2015
01:33 0

Korang masih ingat Maziah Musa, Ibu Nazeera yang dituduh memalsukan sijil nikah 2 tahun lepas, inilah perkembangan terkini Maziah yang pasti mengejutkan ramai peminat Netizen


Mahkamah Majistret di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan ibu pelakon Ummi Nazeera daripada pertuduhan memberi keterangan palsu ketika menjadi saksi pendakwaan kedua di Mahkamah Sesyen, dua tahun lepas. 

Majistret Saifulakmal Said membuat keputusan itu terhadap Datuk Maziah Musa, 51, seorang ahli perniagaan, selepas peguam Hanif Abdul Rahman mewakili tertuduh memaklumkan bahawa representasi yang dikemukakan pembelaan berhubung pertuduhan itu diterima pihak pendakwaan. 

"Peguam membuat representasi supaya pertuduhan terhadap anak guamnya ditarik balik dan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu, tetapi mahkamah hari ini membuat keputusan untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh," katanya. 

Mahkamah juga memerintahkan supaya wang jaminan RM2,500 dikembalikan kepada penjamin. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhd Faizal. 


Ummi Nazeera yang membintangi drama bersiri popular, Nur Kasih dan filem Hikayat Merong Mahawangsa turut hadir di mahkamah hari ini yang ditetapkan untuk sebutan kes ibunya itu. 

Pada 7 Oktober lepas, Maziah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi keterangan palsu semasa pemeriksaan balas ketika perbicaraan kes jenayah di hadapan Hakim Norsharidah Awang di Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Jalan Duta, di sini, jam 11.43 pagi, 25 November 2013. 


Tertuduh didakwa memberi keterangan palsu dengan menyatakan dia tidak pernah berkahwin semula dengan bekas suaminya Datuk Zainulabidin Mat Akhir, 64, seorang usahawan, atau berkahwin lain dengan mana-mana individu setelah berpisah dengan lelaki itu, yang mana dia tahu kenyataan itu adalah palsu. 

Dia didakwa di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment