Usia kandungan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 36, kini sudah memasuki bulan kedua. Jika semuanya berjalan dengan baik dan rezeki menyebelahi, penyanyi bergelar ‘si jantung hati Malaysia’ itu dijangka bersalin sekitar Jun atau Julai 2016.
“Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu,” jelas sumber kepada Utusan Malaysia.
Seluruh keluarga terdekat mengetahui akan berita kehamilan itu beberapa hari sebelum majlis akad nikah anak tiri Siti, Asyraf Khalid yang berlangsung pada 1 November lalu.
Bercakap tentang pilihan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa untuk tidak terlalu terbuka akan soal kehamilan ini, sumber berkenaan memberitahu ia adalah satu tindakan yang dibuat atas soal berkaitan sensitiviti.
Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil.

Selain itu, Siti Nurhaliza juga tidak terbang ke Palembang, Indonesia bagi meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung di sebelah pihak perempuan, malam ini.
Ia juga adalah atas nasihat doktor supaya penyanyi berkenaan tidak menaiki penerbangan dalam waktu awal kehamilannya.
Spekulasi kehamilan Siti Nurhaliza tercetus apabila Siti memuatnaik gambar segelas susu kambing dan kurma di laman instagramnya dan ditambah juga reaksi spontan penyanyi Hetty Koes Endang secara tiba-tiba melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut penyanyi berkenaan semasa mengadakan persembahan di Konsert Satu Suara baru-baru ini.
Siti Nurhaliza mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan terkenal Dato' Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.

"Susu Kambing + Kurma.. Selamat Pagi" - Siti Nurhaliza
Spekulasi kehamilan Siti Nurhaliza tercetus apabila Siti memuatnaik gambar segelas susu kambing dan kurma di laman instagramnya dan ditambah juga reaksi spontan penyanyi Hetty Koes Endang secara tiba-tiba melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut penyanyi berkenaan semasa mengadakan persembahan di Konsert Satu Suara baru-baru ini.
Siti Nurhaliza mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan terkenal Dato' Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Sumber: Ohmedia
Classic Double Edge Safety Razor - Titanium Art
ReplyDeleteTITanium Art is an expert in titanium 3d printer classic designs. Classic Double Edge Safety Razor with a sleek chrome finish. titanium shift knob Titsanium Art features an attractive guy tang titanium toner chrome Rating: 4.7 · medical grade titanium earrings 3 reviews · $19.00 · titanium glasses frames In stock