Kecoh seketika dunia hiburan apabila mengetahui penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza mengandung setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Kandungannya kini dikatakan dalam usia dua bulan.
Kehamilan Siti Nurhaliza menjadi bualan pada malam pertama konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya pada 7 November lalu. Ini kerana penyanyi Hetty Koes Endang bergurau dan melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut penyanyi berkenaan. Sebelum ini juga Siti pernah memuat turun gambar kurma dan susu di instagram milik peribadinya yang sinonim dengan keadaan wanita mengandung.
Bagaimanapun baik Siti mahupun suaminya mengambil pendirian untuk tidak menafikan atau mengiyakan perkara ini atas sebab-sebab tertentu. Jadi sama-sama kita nantikan berita baik ini dikongsikan sendiri oleh penyanyi kesayangan ramai ini.
Media Hiburan Online kongsikan beberapa pantang larang buat wanita yang kandungannya masih baru, bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
1. Hindari Aktiviti Berat
Wanita yang hamil mudah berasa penat dan lelah sehingga boleh menyebabkan pengsan kerana berlakunya darah rendah. Jadi elakkan dari melakukan aktiviti berat, duduk atau berdiri terlalu lama. Pastikan anda memiliki waktu rehat yang cukup.
2. Kendalikan Emosi
Saat hamil, wanita lebih mudah emosi kerana ketidak stabilan hormon yang semestinya mempengaruhi kandungan. Wanita hami perlu sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
3. Elakkan Percutian
Jangan melancong di kawasan jauh sewaktu usia kandungan masih awal kerana takut rahim lemah dan tidak dapat menahan dari keguguran.
4. Kegiatan Sauna
Suhu yang terlalu panas akan menganggu perkembangan janin terutama perkembangan otak. Walaupun iainya mampu membuat wanita hamil menjadi tenang dan kurang tekanan, tetapi risiko keguguran boleh berlaku.
5. Pemakanan
Elakkan makan nenas kerana tajam terutama di awal kandungan kerana boleh mengakibatkan keguguran. Selain itu pucuk atau ulam yang melarat atas tanah juga perlu dielakkan kerana takut uri melekat di dalam rahim sewaktu bersalin. Jangan minum ais kerana akan melemahkan anggota badan.
6. Memelihara Binatang Peliharaan
Kotoran dari binatang seperti kucing,anjing dan sebagainya boleh menimbulkan virus toksoplasma. Virus ini akan masuk ke dalam janin dan mengakibatkan pertumbuhan janin terganggu.
Sumber: Mediahiburan
0 comments:
Post a Comment